Penggunaan lain Globalisasi

"Globalisasi" boleh bermaksud:

  • Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang digariskan, boleh dikatakan bertentang dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait kapitalisme dan neoliberalisme.
  • Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dangan keantarabangsaan dan sering digunakan sebagai kata ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan globalisasi untuk menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan kebangsaan.
  • Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini, semakin banyak tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain dalam bentuk yang sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah geografi, proses ini dikenali sebagai perhubungan kompleks, dimana semakin ramai tempat-tempat dihubung dalam semakin banyak cara. Arjun Appadurai mengenalpasti lima jenis perhubungan global:
    • Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian, dan pejalan bisnes.
    • Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik. Sebagai contoh, Green Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran global.
    • Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang yang diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.
    • Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.
    • Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh dunia. Sebagai contoh, Revolusi Hijau dalam membajakan memperkenalkan amalan pertanian barat ke dalam banyak negara membangun.
Walaupun taksonomi Appadurai boleh dipertikai, ia boleh menjadi tunjuk sebab globalisasi sebagai sesuatu yang lebih daripada ekonomi pada skala global.
  • Dalam bentuk budaya, globalisasi telah digunakan sebagai label untuk mengenalpasti cubaan untuk menghakis budaya-budaya kebangsaan di Eropah dan Asia, dan memasukkan ia kedalam satu budaya global yang ahlinya lebih mudah dipengaruhi melalui media massa dan kerajaan boneka. Dalam konteks ini, imigrasi besar-besaran telah dibenarkan di kebanyakan negara-negara Eropah, sama ada sah atau haram di sisi undang-undang.
  • Pembentukan satu perkampungan global— hubungan lebih dekat antara tempat-tempat berlainan dunia, dengan peluang-peluang penukaran peribadi semakin muncul, kefahaman dan persahabatan antara "rakyat dunia" dan pembentukan satu tamadun global.
  • Globalisasi ekonomi — ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan barangan/perkhidmatan, iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya perdagangan lebih bebas), pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal dan akhirnya pergerakan teknologi. Satu hasil globalisasi ekonomi adalah pergiatan perhubungan antara ahli suatu industri dalam bahagian-bahagian berlainan dunia (globalisasi suatu industri), dengan pada masa yang sama diikuti penghakisan kedaulatan kebangsaan pada sphera ekonomi. IMF menakrifkan globalisasi sebagai “perkembangan pergantungan antara negara di serata dunia melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urusniaga dalam barangan dan perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas, dan penyebaran teknologi maklumat yang lebih meluas dan kerap” (IMF, World Economic Outlook, May, 1997). Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai "Kebebasan dan keupayaan para individu dan firma-firma untuk melakukan urusniaga ekonomi secara sukarela dengan penduduk negara lain".
  • Dalam bidang pengurusan, globalisasi adalah satu istilah pemasaran atau strategi koperat yang merujuk kepada kemunculan pasaran-pasaran antarabangsa untuk barangan pengguna yang bercirikan serupa pada keperluan dan kehendak pengguna dan memungkinkan, sebagai contoh, menjual kereta, sabun atau makanan dengan kempen iklan yang serupa kepada orang dalam budaya berlainan. Penggunaan ini dipertentangkan dengan keantarabangsaan yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti syarikat multinasional yang berdagang merentasi sempadan dalam instrumen kewangan, komoditi, atau produk yang diperkhaskan kepada pasaran tempatan. Globalisasi juga bermaksud aktiviti pengurusan antara sempadan atau proses-proses pembangunan untuk diadaptasikan kepada kemunculan suatu pasaran global atau untuk mencari dan merealisasikan manafaat dari ekonomi skala atau skop atau dari pemelajaran merentasi sempadan antara organisasi-organsasi yang lain negara asalnya.
  • Dalam bidang perisian, globalisasi adalah satu istilah teknikal yang menggabungkan proses-proses pembangunan keantarabangsaan dan menjadikan perisian tempatan.
  • Ramai, sebagai contoh para perserta dalam Forum Social Dunia, menggunakan istilah "globalisasi koperat" atau "penkoperatan global" untuk menggariskan impak badan koperat multinasional dan penggunaan cara undang-undang dan kewangan untuk mengenepikan undang-undang dan standard piawai tempatan untuk meleverajkan buruh dan perkhidmatan kawasan-kawasan pembangunan tidak sekata berlawanan sesama mereka.
  • Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun.
  • "Konsep globalisasi merujuk kepada pemadatan dunia dan penyungguhan kesedaran dunia secara keseluruhan" - Benedikt Kiesenhofer

Rujukan

WikiPedia: Globalisasi http://globalization.about.com/od/greatarticles/a/... http://borderbuster.blogspot.com http://www.latinbusinesschronicle.com/reports/repo... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://www.theglobalist.com/DBWeb/StoryId.aspx?Sto... http://fbc.binghamton.edu/iwtrajws.htm http://www.columbia.edu/~xs23/papers/worldistribut... http://plato.stanford.edu/entries/globalization/ http://www.uiowa.edu/ifdebook/issues/globalization... http://web.archive.org/web/20000818090652/http://w...